Monday, July 11, 2011




assalammualaikum...

korang tgk x cite Tahajjud cinta? episod pertama die jumaat lepas, sebenarnya aku x tgk pon malam tu bab sibuk ikot cuzen aku melepak hehehehe...
aku baru je tgk cite tu kat tonton... best jugak la

aku kagum gile dengar fazura yg banyak digembar gembur ngan masalah sosial tu hebatt gile cakap arab, fauziah ghous kawan uni die dalam cite ni pon ok cuma x sefasih n selancar fazura la...

masa episod 1st ni tgk suasana belajar kat cairo cm best je, pakaian diorang pon best semua tuup kecuali mata, tapiiii yg x best nye ade plak c shahz jaszle... adehhh bila dah kenal c shahz ni dalam VC prema yin, terus rasa geli bila die berpakaian serban n jubah huhuhu

aku blur2 lagi tgk cite ni sbb xtau sinopsis die, lagi plak aku x penah baca novel nye hehehe... rasanya best jugak layan cite nie =))

kat bawah ni aku tempek sinopsis cite ni


sinopsis Tahajjud cinta
Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Ghous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah kakak kpd Citra )ada masalah dengan suamnya (Heryanto) dan menghadapi keganasan rumahtangga. Emelda sangat lemah untuk mengahadapi masalah tu.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepada dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki.
Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. Selama 5 tahun belajar di luar negara ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang di hantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil sebenarnya telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah
Citra nak membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak nak memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada Ustaz Syauki (Eman Manan)yang alim tapi tewas dengan nafsu ni lakonan Eman Manan. Seri kena kawin sebab Ustaz tu membiayai pengajian dia di Jordan. Malangnya Seri menjadi mangsa deraan ustaz ni pulak.
Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy), Seri ada hati jugak dengan Solahudin tapi apa kan daya dia terpaksa lupakan Solahudin. Isteri yang lain jugak mencemburui Seri. Fuh!! banyak konfilk betul cerita nih!
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Ghous) dari keganasan dan kezaliman ustaz Syauki. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka ( mungkin dia anak kepda Ustaz Syauki). Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
Patutle tengok air mata Fauziah Ghous ni bergenang je ek. Seri yang dilakonnya ialah wanita yang punya sejarah hitam dan telah didera secara seksual semasa kecil.


jadi jangan lupa tgk cite ni tiap2 ari jumaat kul 9malam, kalo xleh tgk layan je kat tonton.




p/s: bila aku nak pakai pakaian yg mengikut tuntutan agama macam ni ye... huhuhuhu

No comments:

Post a Comment