Friday, December 28, 2012

hantaran tinggi vs hantaran rendah

assalammualaikum semua...

walaweiii berani aku buat entry mcm ni? terkena batang idung sendiri baru tau hahaha

sebenarnya hantaran ni mcm mana pon aku kurang pasti, n aku masih xleh beza antara hantaran dan mas kahwin huhuhu

kalau artis2 bab2 hantaran ni mesti ikut nombor2 cntik, rm 77777 la, rm 1234567 la dan macam2 lagi, tapi bile tang mas kahwin rm80 je, rm101 je...

kalau dulu masa form5 belajar bab kahwin masa kelas pendidikan islam, mas kahwin ni hak pengantin perempuan, xleh kongsi2, tapi hantaran plak terpulang pada pengantin perempuan tu nak kongsi boleh nak bolot sorang pon boleh hahaha

kan patutnya mas kahwin tu la harga tinggi2 kan, hantaran tu sket2 sudeh hahaha

skang ni hantaran ikut pendidikan plak;

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000


jadi kalau aku yg ade dip je ni kene mintak dalam range 8k-12k la ehh?
adehhhh... memula dalam hati tu mmg la nak hantaran byk2, sape x nak adiah duit banyak kan, boleh buat pegi umrah kot, tapi kene berpada jugakla kan, kalau bakal suami tu keje pon gaji 1k-2k baru nak ade pengalaman keje mcm mana kan? skang ni graduate student pon belum tentu ada kerja... jadi kalau ade kerja tu kire syukur la kan

jadi aku xde la 100% menolak hantaran sepatutnya rendah2 belaka, tapi kite kene tgk hukum2 perkahwinan plak;

Hukum hukum perkahwinan dalam Islam
  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
kalau dh pasangan tu dh berada dalam wajib kahwin, dh cuba utk berpuasa sunat tapi masih x boleh jadi masih nak tunggu duit hantaran cukup jugak?

kadang2 ade pengantin yg dh sedar akan benda ni, tapi keluarga pengantin plak yg berlebih2, ada plak keluarga smp mengaitkan ahli keluarga yg telah meninggal dunia, konon2 arwah mak/ayah sedih kalau dpt tau anak mereka dpt hantaran rendah... mcm tu pon ade? aku rasa kalau boleh bebankan pihak lelaki lagi la arwah x tenang kat sane... tul x?

kadang2 aku pon pelik dengan org sekeliling, letak hantaran tinggi kata jual anak, letak hantaran rendah cakap pengantin perempuan dh 'rosak' la ape la... padahal diorang xletak kaki diorang dalam masalah pengantin lelaki n perempuan tu

satu lagi aku perhatikan, org sekeliling ni hanya tau bercakap, mengata n sekutu dengannya, tapi yg menanggung pihak pengantin n keluarga, ade x pihak yg bercakap tu nak HULUR sket? abis kuat masa kahwin nnt dtg la bawak duit dalam sampul rm10 xpon bawakla periuk nasi xpon toto sebagai adiah utk pengantin, ade ke die nak tambah seribu dua dalam hantaran? ade ke nak sponsor dewan ke, makan minum ke... xde punya... yg diorang tau mengata, tu x kena ini x kena... betul x?

aku rasa buat hantaran sket2 ni xde hal pon, nnt2 dh kawen mcm2 lagi pengantin perempuan boleh 'pow' pasangan die, nak tv la, peti ais baru la, sofa la... cuba kalau time tgh pasangan die xde duit pegi mintak hantaran tinggi, sayang punya pasal, terpaksa lelaki tu meminjam sana sini, x pasal2 pas kawen anak 5 pon belum tentu langsai hutang lagi.... mcm cite pramlee tu

Lebih kurang begini dialognya...:-

Isteri : Ceraikan aku...ceraikan aku..
Suami : Apa yang kau mengarut..
Isteri : Cuba kau tengok orang sebelah tu...Emasnya..Naaaa...sampai sini...
Suami : Aku tiada wang..
Isteri : Ahhh..kau memang..asal aku minta kau marah..asal aku minta kau marah...
Suami : Dulu masa mau kahwin dengan kau,aku tak ada wang,aku pinjam ceti...Sekarang anak kita sudah 3 orang...hutang ceti pun belum habis aku bayar..bunga makin naik..Ini semua mak bapak kau yang salah...
Minta hantaran sampai 5 ribu...
Isteri : habis...kalau maka bapak aku yang salah,kenapa kau terima...
Suami : Sebab kau sudah berjanji untuk hidup semati dengan aku...itu pasal aku terima...
Kalau aku tau jadi begini..aku pun tak hingin...
 
 
Jadi hidup kite ni masih lagi berlandaskan cakap2 org? kalau pengantin tu mampu x salah mintak lebih, tapi kalau x mampu ikut kemampuan masing2, yg penting pasangan tu bahagia... nak kahwin bukan sehari dua, tapi selama-lamanya... kalau boleh smp ke syurga...

wahhh over plak aku cakap pasal ni, nak kahwin sangat kah?? heheheh... korang doa2 kan la...

insyaallah kalau bakal suami aku bukan di kalangan yg bergaji 5k and above aku xkan mintak hantaran tinggi2, die dh sudi terima aku, keluarga aku, dalam hidup die tu pon aku rasa bersyukur x terhingga, lagipon cermin ade je ngan aku, aku sentiasa je cermin diri, xlayak aku nak terima hantaran tinggi2 ni

## agak2 kalau aku masuk debat ni menang x? banyak gak hujah aku nak masukkan tapi malas plak nak menaip hahaha :p

8 comments:

  1. ku tanya seseorg, apa beza mas kawen dgn hantaran. Dia jwb mas kawen duit utk bg pmpusn tu (kira mcm adiah la). Hantaran lak duit blnje utk uruskan majlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang aku tau hantaran boleh nak kongsi2 tapi mas kawen sendiri punya hehehe

      Delete
    2. Tu ye jgk kot hehe...aku terpikir nak tanya sbb siang td aku tgk rncgn org kawen.. Mas kawen dia 11k tuuuuuuu..giler ahh

      Delete
    3. kalau aku kawen ngan org kaya pon aku nak mas kawen tinggi, hantaran tu adat je... mas kawen tu yg wajib dalam agama

      Delete
    4. btw aq sokong kata2 kau sist. bkn sbb aq laki then nk backup kaum Adam..tapi klau bakal isteri 2 complete agamanya then baik budi pekertinya hantaran RM 15k ke apa mybe bleh dprtimbangkan slagi xmemudaratkan. tp klau xckup ciri2 solehah 2 mintka dwit hantaran tinggi2 blm kira lg beban yg kne kaum Adam ni bakal faced kan.

      Delete
    5. btw aq sokong kata2 kau sist. bkn sbb aq laki then nk backup kaum Adam..tapi klau bakal isteri 2 complete agamanya then baik budi pekertinya hantaran RM 15k ke apa mybe bleh dprtimbangkan slagi xmemudaratkan. tp klau xckup ciri2 solehah 2 mintka dwit hantaran tinggi2 blm kira lg beban yg kne kaum Adam ni bakal faced kan.

      Delete
    6. tu la ikut kemampuan... lagipon cakap2 org ni kite kena hadap kejap je... dh lama diam le die, kalau x mau diam jugak, sumbat je la telinga ngan kapas

      Delete