Wednesday, September 19, 2012

16 september

assalammualaikum...

baru beberapa hari lepas kite sambut hari malaysia 16 september

sebenarnya aku x paham pon hari malaysia ni hari ape hehehe... nampak sangat aku bute sejarah, ye la mase subjek sejarah kat sekolah dulu aku ske sembang je =P

berikut merupakan rentetan peristiwa 16 september 1963, sumber dari arkib

TARIKH
PERISTIWA
27 Mei 1961

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah

18-20 Disember 1961

Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak

6-7 Januari 1962

Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962

Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962

Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Julai 1962

Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963

Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963

Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia


tapi kan, kenapa sebelum2 ni kite x penah sambut pon 16 september ni? selalunye kita sambut 31 ogos je, xde pon war2 kan tarikh 16 september ni dalam tv ke ape, kalau x silap aku tahun 2009 baru la diisytiharkan 16 september sbg hari cuti umum

17hb aritu aku balik la putrajaya lepas balik ipoh bercuti, dalam bus tu aku dok sebelah sorang cina perempuan, die ni peramah sangat, cakap bm pon fluent je, xde pelat2, pastu die cakap la, "ramai betul naik bas hari ni kan, hari ni cuti eh?, kenapa saya x perasan pon cuti?"... pastu aku ckp la, cuti hari malaysia semalam 16hb 9, die pon cakap "ouh... baru teringat, kenapa saya xtau pon ada hari malaysia ye, rasanya hari malaysia ni baru tahun lepas kite sambut ye?"... pastu aku pon jawab rasanya dh 2,3 tahun dh sambut...
tgk, nmpk sgt bukan aku sorang je yg blur pasal hari malaysia ni

sejak akhir2 ni, banyak cerita pasal politik kite dengar kat berita kat tv, radio ape tah lagi fb, tibe2 aku terbaca ni, ade org share kat fb;






jadi DSAI yg cadangkan pasal cuti umum 16hb 9 ni? emm... kat sini aku bukan nak berkempen suruh sokong DSAI ke ape, tapi tgk la sendiri, mula2 x leh terima cadangan DSAI ttg 16hb 9, tapi last2 PM umum 16hb 9 sebagai cuti plak... ape kes? kejap kondem kejap terima? pasal sejarah pon nak main2? cemane pelajar nak lulus sejarah ni? dah la nnt spm kene wajib lulus sejarah huhuhu

tapi kan aku perasan banyak idea2 yg ditimbulkan oleh pihak PKR yg diterima pakai oleh UMNO, cthnye kat perak sendiri, masa Datuk Seri Nizar memerintah secara SAH kat perak, beliau ade wujudkan idea utk gunakan matawang dinar sama seperti negeri kelantan yg semua sedia maklum diperintah PAS, bila Datuk Seri Zambrey amik alih, die teruskan idea tu, xpasal2 Zambrey ni dpt nama, ibarat kata pepatah; "susu punya lembu sapi dapat nama" huhuhuhu

aku teringat aku penah baca dalam fb jugak kot;

“ Sejak berdekad yang lalu, Umno tidak membenarkan mereka yang bijak menganggotai parti. Sebab itu ramai doktor masuk PAS. Ini membuatkan susah untuk Umno mendapat calun sesuai untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya.” Mahathir memberitahu Bernama rabu lepas.

ni pon 1 lagi cakap belit2;

ni kempen UMNO cube tawan kelantan;


pastu PM kuar statement cmni plak;

jadi??? rakyat kelantan, kedah, penang yg dh sedia ada kerajaan skang maintain je la ek, sahut seruan PM =P

## skang ni kecoh pasal isu pijak gambar PM, padahal sebelum2 ni gambar PM yg dh jadi pembalut nasi lemak, putumayam dll tu camane? huhuhu

SAM-saya amat mencintaimu


Assalammulaikum...

hari sabtu lepas, cikpah tanya aku pasal filem SAM, aku mula2 terkonpius cite ni ngan cite 8jam

"cite SAM ni bukan baru ke?"-cikpah
"takla, berzaman dah..."-aku (padahal dlm otak ingat cite 8jam)
"patutla... ni dh de kat astro first, aku tgh tgk, best gak cite adik syamsul yusof ni"-cikpah
"aah aku dengar cite tu best tapi x dpt sambutan"-aku (baru teringat cite SAM x sama ngan cite 8jam)
"ko nak tgk, dtg la umah esok"-cikpah
"insyaallah..."-aku (terus google, n download cite tu =P)

pagi ahad tu tgh siap2 kemas nak balik putrajaya, aku sempat la tgk separuh, best gak cite ni... sambil2 tu tolong bapak aku masak hehehe

sinopsis cite SAM;

A romantic psychological thriller set in Malaysia. Starring Shaheizy Sam as Sam himself, an ordinary guy who wants to live a normal happy life with his girlfriend/future wife Lisa (Acted by Lisa Surihani), but she was desired by many including a mentally disordered guy named Haikal (Acted by Azad Jazmin). The nightmare begins when Haikal made a decision to kidnap both Sam and Lisa to revenge her rejection on him. Will Sam and Lisa survive in the end? First feature full length film directed by Syafiq Yusof the youngest film director in Malaysia. (18 years old when he made this movie) Son of Datuk Yusof Haslam (Legendary Malaysian Filmmaker) and brother of Syamsul Yusof (Award winning filmmaker). - ceduk dari blog Syafiq Yusof.

bagi aku cite ni best, x mcm cite romantik yang lain, tepukan gemuruh aku bg kat syafiq yusof sbb die ni muda lagi, tapi dh boleh bikin cite yg lagi best dr abg die hehehe

dari awal scene cite ni aku tgk c sam tu mcm takut2, mimpi2, kat umah sendiri pon die pasan cm ade org, aku dh pk dh die ni cm psiko, mcm ade bayangan yg die bayang sendiri, tapi tibe2 ade watak Azad Jazmin yg buatkan aku rasa c azad ni la dalang semuanya, azad yg psiko hehehe
bila dh tgk last2 baru tau yg c sam ni ada masalah jiwa, bila die review balik masa kecik2 c sam ni selalu nmpk bayang diri die sendiri tapi yang ada pelbagai watak, macam sam ni ade skizo

tapi yg xpaham kenapa die nak bunuh lisa, sedangkan die sayangkan lisa, lainla lisa penah buat x baik kat die

masa die review balik zaman2 dulu c sam, lepas die dapat rawatan mental, die pon pulih... alhamdulillah bos die (harun salim bachik) amik die keje... jarang ada bos yg boleh terima pesakit mental utk bekerja dengan diorang, alasannya takut pesakit tu sakit balik... sedangkan sokongan orang ramai sangat2 diperlukan pesakit mental untuk pulih sepenuhnya

ape2 pon cite ni memang best, romantik ade, saspen ade, aksi ade... mcm2 ada hehehe

........................................................

ok skang nak kuar tajuk sket, abg aku yg sulung ada penyakit mental, masa mula2 die ditempatkan kat wad hospital bahagia ulu kinta, doktor kata die skizo, lama jugak la die kat dalam wad bertahun jugak la, masa tu aku tadika lagi, die kene sakit ni masa umur 17-18tahun lepas spm... sebab musabab jadi benda ni xdpt dikenal pasti
lama jugak la mak ayah aku bawak abg aku ni berubat, asal ade tempat berubat yg mak aku dengar, mesti die nak bawak abg aku pegi, biar abg aku sihat balik

lama jugak abg aku x sakit, tapi seminggu sebelum mak aku meninggal, die sakit balik, xtau la kenapa, pening gak bapak aku, mane nak kire mak aku yg sakit, pastu abg aku plak buat hal, terpaksa la hantar balik pegi hospital bahagia... masa kebumi mak aku pon, bapak aku amik die kuar wad, tapi merepek2 la die cakap, lepas beberapa bulan, aku tny die ingat x masa kebumi mama, die kata x ingat huhu

skang ni doc kata abg aku bipolar disoder, abg aku ni x boleh miss ubat die, sekali x makan, satu malam x tidur, abis la... tgk la perubahan die... drpd kedekut jadi pemurah, drpd cakap benda yg logik, cakap benda pelik2, drpd cakap hal2 sekarang, pegi cakap hal2 masa die sekolah2 dulu, drpd x kuat makan jadi kuat makan

lepas je die sihat, die cm down... nak keje pon xnak, aku pon xtau la nak buat ape ngan abg aku ni, xtau la ape nak jadi akan dtg

aku perasan x ramai yg boleh terima pesakit2 mental ni, jiran2 pon dh cakap2 pasal kitorg, sejak kecik lagi aku pasan, bile kitorg keluar rumah org keliling tutup pintu, tutup tgkap, bile mak aku sidai kain kat belakang rumah, jiran2 belakang pon cepat2 tutup tgkap kuat2... smpkan mak aku pon sakit jiwa dibuatnya hehehe, mak aku buat tembok tinggi biar xde org nmpk, senang... aman...

baru2 ni aku ajak abg aku buat kad OKU, aku ingatkan senang2 je nak buat kad ni, rupenye bila doc tu terangkan kesan2 die, baru aku paham... tapi aku harap dengan adenya kad ni, semoga abg aku boleh dpt pencen bapak aku bile bapak aku xde nnt, dalam femili aku sorang je keje... harap sangat yg abg aku ni dpt bantuan, susah gak nak tanggung sorang2 ni

jadi bile aku tgk cite SAM ni, tindakan harun salim bachik percaya kat sam, amik die bekerja, sekaligus menaikkan semangat pesakit mental utk menjadi normal semula, diorang ni bukan setiap masa sakit, kalau x makan ubat, kalau ade tekanan baru la jadi sakit semula...
mcm abg aku ni, die pon dok umah je, xde kawan... kesian jugak, tapi abg aku sendiri pon salah jugak, x nak berubah... harap2 doa aku allah makbulkan, semoga abg aku kekal sihat je, jangan masuk lagi dh kat hospital tu dah la

## semalam aku tgk cite senario, cite pasal gile... senang2 je buat gile ni jadi bahan lawak, xtau nye betapa perit org yang menghidap penyakit ni, n x fikir pon perasaan keluarga pesakit... huhu soory la kalau aku sensitif, tapi bab2 gile ni x boleh buat main... kene jaga sensitiviti masyarakat

Tuesday, September 11, 2012

Giveaway: Kelasss Kau! Apa Rahsianya?


assalammualaikum semua...

terujanya dengar ade contest yg bg giveaway produk sdII, teringin jugak nak try sdII ni tapi apakan daya bajet sentiasa nye x mencukupi hehehe

badan aku ni sejak dr kecik nye la gemuk, xpenah kurus2, teringin jugak 1 hari nak kurus, macam2 dh cuba... masa sekolah dulu hari2 naik basikal pegi sekolah tapi aku masih lagi ant pelajar tergemuk kat sekolah huhuhu

masa kerja skang ni lagi la bertambah gemuk nya, kerja plak asyik duduk je kat opis, kalau berjalan pon setakat berjalan nak menyembang, nak anta dokumen, tu pon ade la jalan beberapa langkah je... paling jauh berjalan dalam opis ni setakat nak pegi toilet je sbb unit aku paling ujung, tu je la time aku exercise pon... pegi keje pon naik bus, benti betul2 bawah blok umah aku huhuhu xkeluar peluh langsung... nak pegi joging petang2, malas yg ter-amat2 nye la, kalau dh naik kat umah tu, tgk tv lagi best hehehe



abang aku pon dulu penah gemuk, tapi disebabkan hari tu die eksiden, doc nasihatkan die kuruskan badan, die ade jugak cuba sdII ni, n mmg terbukti aku perasan betul badan die makin kecik dr dulu, baju die pakai pon besar2 dh macam baju pinjam je... die pon ade jugak syorkan suruh aku makan, tapi x plak die nak bg aku test 1 tin free dulu ke kan hahaha (kedekut tul abg aku ni)

oleh sbb badan yg semakin mengembang ni, aku risau baju2 susah betul nak cari, pastu bila pakai baju mcm2 tempat yg agak seksi boleh kelihatan sekaligus boleh menganggu pemandangan org ramai hahaha
pastu paling takut penyakitla kan, dh la ade keturunan barah, kencing manis, n darah tinggi... lagi la menyebabkan aku semangat nak turunkan berat badan...

tapi masalah utama yg aku hadapi, badan aku ni gemuk ape pon aku xtau, tapi mmg susah nak turun, aku dh cuba kurangkan makan, banyak kan minum air kosong, kurangkan makanan berminyak, air berkabonat, air ber-ais tapi x turun2 pon tapi makin naik ade la huhuhu
penat aku tgglkan makanan2 yg sedap2 semata2 nak turun kan berat bedan tapi x menjadi


kan betul aku yg paling besar n gundut kehkehkeh

semoga kalau ade rezeki nak dpt giveaway sdII free ni boleh membantu mengurangkan berat aku nnt, kalau dh cuba sekali pon dh de result yg memberangsangkan, mesti la aku akan terus kan minum sdII ni hehehe

kalo korang pon nak join dapatkan giveaway ni, do click on the pic ===>>>



1 tin ALSDII bernilai RM180.00
PERCUMA
Percubaan untuk Kurus 7 Hari

last sekali nak mintak tolong yanie n cikpah follow blog ni ekkk... klik DISINI utk melayakkan aku masuk contest ni hehehehe

Wednesday, September 5, 2012

interview lembaga letrik negara aka tnb


assalammualaikum semua...

lama rasa x update2 cite kat sini, gambar pon dah lama x snap, malas plak rasanye hehehe

alhamdulillah, ramadhan dah selesai, syawal pon dah masuk setengah bulan ni... semua perancangan beraya berjalan lancar cuma sebelum balik kampung tu, benda yang aku tunggu2 xdpt2, last2 lepas raya baru dapat... sedih la jugak, tapi kan ade kata;

Jika sesuatu itu MILIK KITA, SESULIT apapun jalannya, Apa pun RINTANGANNYA, PASTI dan PASTI akan JADI MILIK KITA.
Kerana itu MILIK kita yang ALLAH tetapkan..Tetapi.. Ingat.. Jika sesuatu BUKAN MILIK kita, walaupun MUDAH JALANNYA, walaupun BERSUSAH PAYAH kita untuk MENDAPATKANNYA, ianya TIDAK akan PERNAH dapat kerana itu BUKANNYA MILIK kita yang DITETAPKAN ILAHI...

xpe la abaikan je la benda tu hehehe...

emmm bulan jun yg lepas tnb ade bukak iklan jawatan kosong, aku ni mmg ske la apply2 keje2 kosong ni hehehe... jawatan nye; Executive grade 07. Jawatan ni up sket drpd juruteknik tingkatan biasa sbb guna diploma... sebelum2 ni pon aku penah apply jawatan ni tapi x penah tersangkut nama aku utk panggil interview, tah camane kali ni ade rezeki plak...

interview nye isnin lepas 3hb september, masa raya aritu aku de sempat sembang2 ngan menantu cuzen aku, die abg ipar kpd anak sedara aku yg baru kawen aritu (ade aku cite kat entry sebelum ni), tah cane bleh plak "tersembang" ngan die, sbb die ckp die budak scholar JPA, n tah cane die kata die sedih dengan graduan2 yg ade result2 gempak2 tapi bila tang interview je kantoi~~

betul jugak cakap die, masa aku habis belajar dulu2 pon banyak sangat interview yg aku pegi tapi 1 pon x sangkut, smp aku rasa "down" yg teramat2, smp kan aku rasa x guna aku penat2 belajar masa kat poli... tapi sebenarnye salah aku sendiri masa interiew x reti nak jawab2 soalan interviewer huhuhu

so isnin aritu aku pegi la interview, tapi disbbkan sebelum2 tu raya, mane ade study sgt, aku study sket2 je kat opis... masa interview tu aku org no 3
ramai jugak yg dipanggil interview sbb interview tu berjalan 10hari, xtau la bape exec yg diorang nak amik
interview aku kul 9.30pg kat ILSAS bangi, dekat je ngan umah aku dok skang, senang jugakla pegi sane

interviewer nye 2org perempuan, mula2 aku risau gak kot2 interview dalam BI rupenye dalam BM je, senang hati aku...
mula2 diorang suruh kenalkan diri, bila aku ckp dh keje gomen diorang pelik la kenapa nak tukar keje... pastu diorang tny ape kesukaan aku, n banyak sembang pasal keje sekarang je...
ade jugak soalan teknikal; berapa pembahagian voltan talian atas, berapa pembahagian voltan ke kawasan domestik
soalan pasal tnb die tny; apa ko-bisnes tnb, apa yg aku tau pasal tnb, kenapa nak masuk keje tnb

sket je soalan teknikal, mungkin sbb aku dh keje kot... die tau aku dh lupe semua benda2 teknikal ni hahaha

paling x leh blah, die tny umur aku, "berapa umur awak sekarang?", aku pon jawabla, "25", pastu die tny "dah kawen ke belum ni?", aku pon jawab je la, "belum lagi", pastu die tny lagi, "bile nak kawen ni?"... adoiiii bengkek je ngan soalan ni, aku jawab je la, "nnt ade rezeki nak kawen, saya kawen" hahaha... senyum je interviewer tu... cissss malu aku

aku xtau la aku dpt ke x jawatan ni, tahun lepas pon aku ade pegi interview LHDN; pembantu tadbir (kejuruteraan) gred 21, tapi xde rezeki nak dpt huhuhu

tapi soalan2 teknikal yg diorang tny aku xdpt nak bg jawapan tepat sangat, sbb bila masuk bilik tu semua benda aku lupa, blank terus kepala otak ni huhuhu

skang ni keje aku doa n tawakal je ngan ketentuan rezeki yg allah nak bg, kalau ade rezeki dpt keje baru ade la, kalau xde, redha je... tapi korang doa2 kan la ye aku dpt, banyak sket gaji bleh la belanje korang hehehe



## paling x puas hati interview TM, setakat suruh kenalkan diri je... cane die nilai? tension aku ngan TM hahahaha