Wednesday, September 19, 2012

16 september

assalammualaikum...

baru beberapa hari lepas kite sambut hari malaysia 16 september

sebenarnya aku x paham pon hari malaysia ni hari ape hehehe... nampak sangat aku bute sejarah, ye la mase subjek sejarah kat sekolah dulu aku ske sembang je =P

berikut merupakan rentetan peristiwa 16 september 1963, sumber dari arkib

TARIKH
PERISTIWA
27 Mei 1961

Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik

23 Julai 1961

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah

18-20 Disember 1961

Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak

6-7 Januari 1962

Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962

Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962

Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Julai 1962

Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963

Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963

Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia


tapi kan, kenapa sebelum2 ni kite x penah sambut pon 16 september ni? selalunye kita sambut 31 ogos je, xde pon war2 kan tarikh 16 september ni dalam tv ke ape, kalau x silap aku tahun 2009 baru la diisytiharkan 16 september sbg hari cuti umum

17hb aritu aku balik la putrajaya lepas balik ipoh bercuti, dalam bus tu aku dok sebelah sorang cina perempuan, die ni peramah sangat, cakap bm pon fluent je, xde pelat2, pastu die cakap la, "ramai betul naik bas hari ni kan, hari ni cuti eh?, kenapa saya x perasan pon cuti?"... pastu aku ckp la, cuti hari malaysia semalam 16hb 9, die pon cakap "ouh... baru teringat, kenapa saya xtau pon ada hari malaysia ye, rasanya hari malaysia ni baru tahun lepas kite sambut ye?"... pastu aku pon jawab rasanya dh 2,3 tahun dh sambut...
tgk, nmpk sgt bukan aku sorang je yg blur pasal hari malaysia ni

sejak akhir2 ni, banyak cerita pasal politik kite dengar kat berita kat tv, radio ape tah lagi fb, tibe2 aku terbaca ni, ade org share kat fb;






jadi DSAI yg cadangkan pasal cuti umum 16hb 9 ni? emm... kat sini aku bukan nak berkempen suruh sokong DSAI ke ape, tapi tgk la sendiri, mula2 x leh terima cadangan DSAI ttg 16hb 9, tapi last2 PM umum 16hb 9 sebagai cuti plak... ape kes? kejap kondem kejap terima? pasal sejarah pon nak main2? cemane pelajar nak lulus sejarah ni? dah la nnt spm kene wajib lulus sejarah huhuhu

tapi kan aku perasan banyak idea2 yg ditimbulkan oleh pihak PKR yg diterima pakai oleh UMNO, cthnye kat perak sendiri, masa Datuk Seri Nizar memerintah secara SAH kat perak, beliau ade wujudkan idea utk gunakan matawang dinar sama seperti negeri kelantan yg semua sedia maklum diperintah PAS, bila Datuk Seri Zambrey amik alih, die teruskan idea tu, xpasal2 Zambrey ni dpt nama, ibarat kata pepatah; "susu punya lembu sapi dapat nama" huhuhuhu

aku teringat aku penah baca dalam fb jugak kot;

“ Sejak berdekad yang lalu, Umno tidak membenarkan mereka yang bijak menganggotai parti. Sebab itu ramai doktor masuk PAS. Ini membuatkan susah untuk Umno mendapat calun sesuai untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya.” Mahathir memberitahu Bernama rabu lepas.

ni pon 1 lagi cakap belit2;

ni kempen UMNO cube tawan kelantan;


pastu PM kuar statement cmni plak;

jadi??? rakyat kelantan, kedah, penang yg dh sedia ada kerajaan skang maintain je la ek, sahut seruan PM =P

## skang ni kecoh pasal isu pijak gambar PM, padahal sebelum2 ni gambar PM yg dh jadi pembalut nasi lemak, putumayam dll tu camane? huhuhu

1 comment:

  1. 16 september ni hanya sabah sarawak saja yg cuti... semenanjung guna pakai cuti 16 sept ni tahun 2010.... unsur politik.... tp bagus juga....heheheheee.....

    ReplyDelete