assalammualaikum...
tetiba dapat idea nak tulis pasal diri sendiri yg banyak berubah, pas bace artikel ni, Ya Allah Aku Mahu Berubah.
drpd artikel tu menceritakan seseorang yg berubah drpd seorang yg pegangan agamanya kurang kepada yg lebih baik.
yg ni versi aku plak...
aku dilahirkan dalam keluarga yg kecil je, ada 3org je adik beradik n aku paling bongsu, kalo diikutkan aku lahir dalam keluraga yg agak kuat ajaran agamanya. Atuk aku belah bapak aku (panggil nenek) seorang imam masjid kat chemor suatu masa dulu, malah pakcik aku juga sebelah ayah seorang ustaz, graduan dr jordan.
sejak dr kecil, aku didedahkan dengan ilmu agama, dr aku tadika dimasukkan ke tadika islam, sebab abang2 aku semasa mereka sekolah mereka lebih kepada sekolah inggeris, cuma aku sahaja harapan keluarga aku untuk lebih terdedah pada ajaran agama. Semasa di sekolah rendah pon aku dimasukkan ke sekolah agama rakyat sebagai pelajaran sampingan. Semasa di sekolah menengah, akhirnya ayah ngan mak aku terpaksa akur sebab aku didaftarkan ke sekolah inggeris, masa mula2 tu dapat jugak sekolah asrama berpendidikan agama, tapi aku lariiii....
Namun, dengan ajaran agama sejak kecil, walaupun sekolah menengah tu kurang mata pelajaran agama hanya beberapa waktu saje seminggu, tapi oleh sebab aku memang ske mata pelaran agama, aku masih menguasainya dengan baik dan mempraktikkan.
Sehingga lah tamat belajar di sekolah, aku masih sama, masih berpegang pada ajaran agama.
apa yang aku maksud kan dengan berpegang pada ajaran agama ialah, aku melakukan solat 5 waktu, berpuasa, mengenakan pakaian menutup aurat walaupun xde la menutup aurat betul2 tapi tudung yang aku pakai menutup sehingga paras dada, pakaian pun longgar, pergaulan ant lelaki dan perempuan terjaga...
aku bersyukur aku ada guru dan kawan2 yg baik2 yg selalu sahaja menunjukkan contoh yang baik tentang agama islam, selalu mengingatkan aku tentang agama.
masa perubahan drpd kanak-kanak kepada remaja aku lebih gemar kepada perwatakan seperti lelaki, pakaian ku hanya t-shirt dan seluar panjang namun tudung aku xpernah lupa.
namun semakin meningkat dewasa, aku semakin berani, semakin berubah, bukan berubah kepada lebih tapi kepada lebih buruk.
pakaian ku ke arah kewanitaan, tapi semakin ketat, tudung semakin singkat, seluar makin ketat dan sendat, solat makin kurang n senang2 ditinggalkan, pergaulan semakin bebas...
Ya Allah, aku sedar semua perubahan aku, tapi.... aku masih macam ni, masih x berubah kepada aku yg pada asalnya...
Aku sedar, perbuatan aku salah, banyak dosa yg aku buat di atas dunia, tu baru pasal solat, pakaian, pergaulan dengan kawan2, belom masuk pergaulan aku dengan ibu bapa aku yang belum aku sentuh...
hmmm... aku malu nak cerita semua perilaku aku kat sini, bukan apa, aku risau aku akan hilang kawan2 yg rapat dengan aku bila mereka tau aku siapa sebenarnya, cukupla semua tahu yang banyak perubahan seperti aku nyatakan tadi...
aku pernah berjanji aku ingin berubah setelah aku berkahwin, tapi adakah aku sempat utk berkahwin sebelum ajal menjemput walhal aku belum sempat bertaubat atas dosa2 ku, dan paling utama adakah perkahwinan benar2 akan hadir dalam hidupku...
Ya Allah, kembalikan aku kepada Mashitah yg lama, Mashitah yg sederhana agamanya namun tidak terlepas dr landasan-Mu, kawan2 yg terbaca artikel ni, mohon jangan pergi dr hidupku, kerana aku mohon kamu semua sebagai penasihat ku, sebagai pembimbingku ke arah yang lebih baik. Moga kite same2 mengharungi hidup yg penuh dengan godaan ini dengan berkat dan tawakal di jalan yang diredhai Allah.
Ya Allah, makbulkanlah segala doa2 ku......
No comments:
Post a Comment